TALBIAH HARI INI π
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua. Sudah sekian lama baru tergerak hati saya nak postkan sesuatu di sini. Sebagai mukadimah, saya ingin bincang pasal amal fardhi kita. Apa kabar amal fardhi hari ini?? solat Dhuha dah ke? mengaji al-Quran dah berapa muka surat? kelmarin, kelmarin dulu, mengaji tak?? kalau tidak mengaji maknanya kita ni lalai. Aku lalai, kamu lalai, kita lalai. semua lalai. Kita harus fikir boleh jadi kita tak buat sesuatu ibadah tu sebab Allah nak bagi "hint" yang Dia nak "jauhkan" diri-Nya dari kita. Nauzubillahiminzalik π±. In sya allah tak berlaku perkara tu kepada kita tapi still kita harus beringat. Saya pun macam tu jugak. Tak sedar diri. Banyak buang masa. Banyak sangat buang masa sampai tidak boleh nak agihkan masa untuk beribadat dengan assignment/ tutorial. Tapi bila fikir pasal makanan laju semacam, makan,makan,makan. Tak ada kerja lain. Akulah tu,bisikkan dalam hati. Baik ke hidup macam ni? sejahtera ke bila kita fizikal kita gemuk tapi roh kurus macam lidi? sejahtera ke? kita sepatutnya utamakan yang lebih uatma. Yess, itulah tajdid niat saya pada tahun baru ni. Yang pastinya ibadatlah yang lebih penting berbanding assignment. Selain itu, antara perkara lain yang mesti diutamakan juga sebagai seorang anak ialah menolong ibu dan ayah. Ni wajib, bukan sunat! ini kewajipan bukan kebaikan! ini lah yang saya selalu bisikkan dalam hati bila mak ayah mintak tolong buat kerja rumah. Kita ada kerja sendiri tapi harus tolong mak ayah bersih rumah. Bila datang fikiran-fikiran syaitanni rrajim ni moleklah ingat perkara ni. Bila nak bandingkan antara assingment dengan tolong mak dan ayah of courselah kita pilih ibu ayah kan? ke guane?π Entahlah, ikut hati masing-masing. Hari ni bukan perkongsian mana pun. Untuk briefing je ni sebab first time buat post .π Ok lah sampai sini saje. Bai-bai. ukhuwah fillah antara kita. π Wasallam.
Untuk perkongsian muhasabah hari ini.
No comments:
Post a Comment