Sunday, September 30, 2018



Duhai Rasulullah SAW...........

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya ke TTC bagi melihat barangan Artifak Rasulullah SAW. Saya akan lebih fokuskan kepada gambar berbanding kata-kata yang berjela-jela (saya tahu orang malas nak baca). Sebelum masuk ke dalam TTC ada disertakan peringatan dan pantang larang sebelum melihat artifak-artifak tersebut antaranya termasuklah:

1. Dilarang solat di hadapan barang artifak untuk mengambil berkat. 
2. Dilarang berlaku ikhtilat. (kena jaga dirilah supaya tidak terlanggar @ bersentuhan dengan lelaki. maklumlah, kata sana sesak sbb ramai orang.

dan banyak lagi......

Tapi yang paling berkesan dalam hati ialah DILARANG MENANGIS TERESAK-RESAK @ MERAUNG SEBAGAI TANDA CINTA KEPADA RASULULLAH ( bila lihat barangan artifak tu)
 Jadi saya macam,
Ya Allah, kuatkan aku supaya tidak rapuh dan tidak menangis bila lihat barang artifak nanti. 😢
dan Alhamdulillah, saya mampu menahan air mata agar tidak menitis ke pipi. Just berlinangan dan masuk semula.😌
Semasa mula-mula masuk tu, ya Allah, feel dia rasa lain semacam. Tiba-tiba dada ni rasa macam berat dan susah untuk bernafas. Saya pun tak tahu kenapa. Wallahu'alam. Mungkin effect sebab artifak- artifak itu yang Rasulullah punya. Kalau Mak Cun yang punya rasanya orang akan ketawa kot, malah tak mari langsung.😂 Balik kepada cerita. Ini adalah beberapa gambar yang saya dapat dari lawatan tersebut bersama jurufoto Mohd Sahal bin Harun. Sebenarnya,ada banyak lagi gambar tapi tidak boleh load.....😭. Baiklah, sekian. Jumpa lain kali pula. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Pedang Sultan Muhammad Al- Fateh



Kain yang berada di sekeliling bahagian dalam Kaabah. Warna merah yang dulu, skarang warna Hijau.




Bekas simpan susu kepunyaan Rasulullah SAW.

Kain yang menutupi makam Rasulullah SAW. Serius wangi apabila dicium!!!!😍

Tongkat kesayangan Rasulullah SAW.

Antara serban Rasulullah SAW. Besar tau, 2 kali ganda kepala kita. Diperbuat dari kulit unta



















.